Monday, February 13, 2017

Pengabaian Kanak-kanak








Pemuda Bangsa Negara,
Pemudi Tiang Negara! Hargai
Kanak-kanak.

Pengabaian Kanak-kanak Oleh Pelajar Politeknik Sebrang Perai (Diploma Rangkaian)

NAMA PENSYARAH :
PUAN NURULHUDA ISHAK
DNS 2C
GANES    GOPALAKRISHNAN     10DNS16F1049
SARVESH MUNEISWARAN      10DNS16F1067
DEEBANA KANTHIPERUMAL  10DNS16F1070
SASIKALA GAUTHAMAN          10DNS16F1015

                         Pendahuluan

Hak kanak-kanak di Malaysia telah berkembang dengan ketara sejak Malaysia merupakansignatory bagi United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC) pada tahun 1995 dan memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] pada tahun 2001. Banyak inisiatif untuk menyedari dan menegakkan hak kanak-kanak telah dilaksanakan oleh Kerajaan dan antaranya dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan asas untuk kanak-kanak.  Walau bagaimanapun, beberapa cabaran utama masih kekal untuk kanak-kanak antaranya kes kecuaian dan pengabaian kanak-kanak.
Artikel ini secara amnya akan membincangkan mengenai undang-undang berkaitan kanak-kanak di Malaysia dan juga tindakan yang boleh diambil ke atas ibu bapa/penjaga yang cuai atau mengabaikan kanak-kanak secara khususnya.

         Kes kecuaian kanak-kanak

Berkenaan kes-kes kecuaian ibu bapa terhadap anak-anak diperhatikan ianya kerap berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini dan semakin membimbangkan. Dalam kejadian yang berlaku di Pahang awal tahun ini, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas setelah 9 jam ditinggalkan di tempat duduk belakangkenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya[1].
Kes seumpama ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia.  Pada Julai 2013, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta di sebuah sekolah di USJ[2]. Pada Julai 2011 pula, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun maut akibat lemas selepas ditinggalkan selama lebih enam jam di dalam kenderaan milik ibunya di Seremban[3].  Sebelum itu, pada Mei 2011, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas di dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan[4].
Senario membimbangkan ini mendorong Kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ibu bapa dan penjaga yang cuai menjaga anak masing-masing sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian bagi mengekang kejadian seperti ini daripada berulang.  Antaranya hukuman penjara dan cadangan mengenakan hukuman khidmat masyarakat seperti yang diamalkan di negara lain supaya dapat mendidik ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam menjaga keluarga masing-masing[5].


    Kes pengabaian kanak-kanak

Selain kecuaian sehingga menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak, terdapat juga kes-kes di mana ibu bapa melakukan pengabaian ke atas kanak-kanak.  Bagi tahun 2005 sahaja, dilaporkan terdapat 601 orang kanak-kanak telah diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga[6].
Kes terkini mengenai pengabaian kanak-kanak dilihat dalam kejadian pada Oktober 2013 iaitu enam adik beradik termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan bersendirian di rumah oleh kedua ibu bapa mereka setelah kedua ibu bapa mereka bertengkar dan berselisihan faham[7].  Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan setelah lebih 24 jam ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
Selain daripada itu, kes terbaru pengabaian kanak-kanak tahun ini melibatkan seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 15 tahun yang ditemui dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan[8].  Beliau bukan hanya kurus kering sehingga menampakkan tulang rangkanya dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput serta ditempatkan di persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai yang dipenuhi tanah dan najis.

Sebab-sebab pengabaian emosi

Terdapat banyak sebab mengapa pengabaian emosi boleh berlaku. Ini termasuk:
  • Ibu bapa yang sibuk -
Ibu bapa yang bekerja sering tidak mempunyai masa untuk anak-anak mereka (contohnya bercakap atau bermain dengan mereka ). Sesetengah ibu bapa mungkin berasa terbeban dengan kerja atau tekanan sehingga mereka mula mengabaikan anak mereka secara emosi. Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengasingkan diri mereka daripada anak-anak atau tidak mampu untuk berinteraksi dengan mereka. Adalah penting untuk mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan keluarga bagi mengelakkan anak anda daripada terabai.
  • Struktur keluarga -
Jika anda seorang ibu atau bapa tunggal, anda mungkin akan mendapati ia adalah satu kesukaran untuk berhubung dengan anak anda secara emosi sementara anda sibuk dengan permintaan ditempat kerja. Pada masa yang sama, ibu bapa dengan keluarga yang besar (katakan anda mempunyai tujuh orang anak) mungkin akan berasa sukar untuk berhubung secara emosi dengan setiap seorang daripada anak-anak mereka.
  • Isu-isu kesihatan mental 
Isu-isu kesihatan mental boleh menjejaskan cara ibu bapa menjaga atau bertindak balas terhadap keperluan anak mereka. Mereka mungkin tidak dapat berinteraksi dengan anak-anak sekali gus mengabaikan keperluan emosi mereka. Sesetengah ibu bapa yang menjalani kehidupan yang tidak teratur boleh menyebabkan rumah tangga menjadi huru-hara. Ini boleh menjejaskan emosi anak-anak mereka dalam jangka masa panjang.
  • Sejarah diri ibu bapa
Ibu bapa yang pernah mengalami pengabaian emosi ketika kanak-kanak cenderung untuk kurang berempati dan lebih mudah mengabaikan emosi anak-anak mereka sendiri. Mereka tidak boleh memberi tindak balas kepada anak-anak atau tidak dapat mewujudkan hubungan yang bermakna dengan mereka. Dengan kekurangan kasih sayang dan keakraban semasa zaman kanak-kanak boleh membuatkan mereka tidak mampu atau tidak mahu memberikan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi untuk anak-anak mereka.
  • Jangkaan yang tidak bersesuaian terhadap anak-anak mereka 

  • Sesetengah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berkelakuan dalam cara yang tertentu atau memenuhi standard tertentu (sama ada dalam tingkah laku atau di sekolah). Apabila anak-anak mereka tidak mencapai "standard " tersebut, mereka akan disisihkan secara emosi 
Pengabaian emosi boleh memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan mental dan tingkah laku anak-anak anda. Adalah penting untuk anda mengenal pasti gejala-gejala pengabaian emosi ini supaya anak anda membesar dan menjadi individu yang sihat dan gembira.

CARA-CARA MENCEGAH

MASALAH TERSEBUT


Hak kanak-kanak di

bawah Convention on the Rights

of the Child (CRC)

Malaysia merupakan signatory bagi United Nations Convention on the Rights of the Child(CRC).  Melalui CRC, diperuntukkan bahawa State parties hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak yang dinyatakan dalam Konvensyen tersebut terpakai bagi setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa apa-apa jenis diskriminasi, tidak mengira warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik atau lain-lain pendapat ibu bapa atau bangsa penjaga yang sah kanak-kanak itu, negara asal, etnik atau sosial, harta, kecacatan, kelahiran atau status lain[9].  State parties juga dikehendaki mengambil segala langkah yang sesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak dilindungi daripada semua bentuk diskriminasi atau hukuman berdasarkan status, aktiviti, pernyataan pendapat, atau kepercayaan ibu bapa kanak-kanak, penjaga yang sah, atau ahli keluarganya.
                               ⤵⤵⤵⤵⤵

Pihak kerajaan juga harus menguatkuasa undang-undang supaya melindungi hak kanak-kanak. Kanak-kanak (berhak)mempunyai hak keselamatan, hak mendapat pendidikan dan hak mendapat keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal serta hak penjagaan kesihatan yang sempurna. Oleh itu, pihak berkuasa harus memberi hukuman yang berat kepada ibu bapa yang mendera kanak-kanak.


Tanda-tanda dan gejala-gejala pengabaian emosi1
Tanda-tanda dan gejala-gejala pengabaian emosi sering dapat dilihat dalam pemasalahan atau corak tingkah laku sosial yang bermasalah. Ini termasuk:
  • Kegelisahan atau kemurungan
  • Tingkah laku yang memberontak seperti:
    • Mencetuskan rasa marah 
    • Serangan fizikal
    • Penggunaan dadah / alkohol 
    • Selalu menipu 
    • Memusnahkan harta benda 
  • Ketakutan / fobia yang berlebihan
  • Kurangan menjaga kebersihan diri
  • Makan berlebihan / tabiat/corak makan yang tidak normal 
  • Mencuri atau menyorokkan makanan
  • Kurang kawalan diri
  • Enggan mengikut peraturan
  • Membasahkan atau mengotorkan diri sendiri
  • Mengambil risiko yang terlampau
  • Melarikan diri
  • Kurang hubungan mata
  • Tindak balas mengejut yang berlebihan 
  • Mimpi ngeri
  • Kecenderungan atau terfikir untuk membunuh diri

Akta Kanak-Kanak 2001

[Akta 611]

Di Malaysia, undang-undang yang memperuntukkan mengenai perlindungan kanak-kanak adalah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Akta 611 digubal berdasarkan prinsip yang dinyatakan di bawah CRC, di mana ia mengiktiraf bahawa kanak-kanak merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran negara.  Kanak-kanak juga berhak mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal tanpa mengira apa-apa jenis bangsa, jantina, warna kulit, agama, bahasa, asal usul, kurang upaya fizikal, mental atau emosi atau status.  Akta ini juga mengakui dan mengiktiraf bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembesaran, penyaraan dan kebajikan kanak-kanak dan dengan itu keluarga juga wajar diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat[11].
Melalui Akta 611, seseorang berusia di bawah 18 tahun berhak mendapat perlindungan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawahnya[12].
Secara umumnya, terdapat 5 kategori penderaan ke atas kanak-kanak iaitu pengabaian, penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan kes-kes di mana “penilaian sosial dan perubatan menunjukkan bahawa mereka mempunyai risiko yang ketara penderaan”[13].
Pengabaian fizikal berlaku apabila keperluan penting kanak-kanak tidak dipenuhi dan ini mungkin menyebabkan kemerosotan kepada kesihatan fizikal dan pembangunan kanak-kanak tersebut[14].  Dalam erti kata lain, terdapat kegagalan yang berterusan untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal dan/atau psikologi yang mungkin menyebabkan kemerosotan yang serius kesihatan atau perkembangan kanak-kanak[15].
Pengabaian fizikal ini melibatkan ibu bapa atau penjaga yang gagal untuk menyediakan makanan yang mencukupi, tempat tinggal dan pakaian, gagal untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya atau kecederaan fizikal, atau kegagalan untuk memastikan akses kepada rawatan perubatan yang sesuai. Pengabaian juga turut merangkumi pengabaian atau tindakbalas kepada keperluan asas emosi kanak-kanak[16].
Ibu atau bapa atau penjaga bagi kanak-kanak yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah subseksyen 31(1)(a) Akta 611.
Sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.  Manakala Mahkamah pula dikehendaki sebagai tambahan ke atas hukuman yang dikenakan, memerintahkan supaya orang yang disabitkan kesalahan itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan juga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah[17].
Sekiranya pesalah tersebut gagal mematuhi syarat-syarat bon tersebut, maka dia boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selanjutnya selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Undang-undang turut memperuntukkan anggapan yang boleh digunapakai ke atas pesalah, di mana sekiranya seseorang ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara seseorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi jika, sungguhpun dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu daripada sumber-sumbernya sendiri, dia tidak berbuat demikian[18].
Kesalahan ke atas pesalah masih boleh disabitkan walaupun penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang berkenaan telah dielakkan melalui tindakan orang lain atau kanak-kanak yang berkenaan telah mati[19].
Selain itu, khusus bagi kes pengabaian ke atas kanak-kanak, tindakan juga boleh diambil di bawah seksyen 33 Akta 611 di mana kesalahan adalah dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga sekiranya mereka meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu selama suatu tempoh yang tidak berpatutan.
Sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi kes kanak-kanak OKU yang ditemui terabai di Nilai, Negeri Sembilan, ibu kanak-kanak terbabit telah dituduh di Mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 31 (1)(a) Akta 611 iaitu dengan sengaja mengabaikan kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi dan juga di bawah seksyen 33(c) Akta 611 iaitu membiarkan kanak-kanak tersebut tanpa pengawasan yang berpatutan. Kes ini masih dalam proses sebutan di Mahkamah.


                          Kesimpulan

kita harus peka terhadap kes penderaan kanak-kanak yang semakin serius di negara kita. Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang berguna untuk mengatasi masalah ini. Jika masalah ini tidak dititikberat, keselamatan kanak-kanak tidak dilindungi dan imej negara akan terganggu.




RUJUKAN




1.http://www.americanhumane.org/children/stop-child-abuse/fact-sheets/emotional-abuse.html



2.http://www.americanhumane.org/children/stop-child-abuse/fact-sheets/child-neglect.html



3.http://www.actionforchildren.org.uk/media/143188/neglectc_research_evidence_to_inform_practice.pdf



4.http://www.amazon.com/Running-Empty-Overcome-Childhood-Emotional/dp/161448242X



5https://www.childwelfare.gov/systemwide/laws_policies/statutes/define.pdf#Page=1&view=Fit



6.http://www.helpguide.org/mental/eqa_attachment_bond.htm



7.http://www.nspcc.org.uk/help-and-advice/worried-about-a-child/online-advice/neglect/neglect-a_wda87020.html



8.https://www.childwelfare.gov/can/impact/longterm/health.cfm



9.http://www.apa.org/pi/families/resources/understanding-child-abuse.aspx



10.http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.psychologytoday.com/blog/stop-walking-eggshells/201308/the-invisible-power-childhood-emotional-neglect

No comments:

Post a Comment